PRAKATA

YA ILAHI

Kata awalku pembuka tari

Kesyukuran dipanjatkan kepada Pemutlak Abadi

Limpahan Masa, Kudrat dan Amanah diberi

Sempatkah kusempurnakan

Untuk Kauhitungi nanti

SAUDARA

MAAF

Di sini tiada berencik tiada bertuan

Tiada presiden, tiada ketua,

Tiada datuk, tiada raja

Tiada yang arif

Tiada tok segala

Kerana

Kita perlu

memperHAMBAkan DIRI

hanya kepada

YANG MAHA

ABADI

Dan

di ruang mata

di luang masa

marilah bersama

kita saling sampai menyampaikan

kita saling pesan berpesanan

kita saling ingat mengingatkan

dan

semoga kita nanti

bukanlah hambaNYA yang rugi.

SEJAHTERA

UNTUK SAUDARA SEMUA

;
;
;
;

IT'S JUST ANOTHER TRANSITION TO ...................

Book to read

Tuesday, April 19, 2011

KE ALAM GHAIB

Syarahan ke 5
SYEIKH ABDUL QADIR AL-JELANI

Apabila kamu melihat dunia di tangan ahli-ahli dunia dengan hiasan dan kekoso- ngannya, penipuan dan perangkapnya serta racunnya yang membunuh yang di luarnya lembut dan di dalamnya mencederakan dan cepat pula merosak dan membunuh sesiapa yang memegangnya dan menipu mereka dan menyebabkan mereka lali dalam dosa dan maksiat. Apabila kamu melihat kesemua ini, maka hendaklah kamu bertindak seperti seseorang yang yang melihat seorang yang lain membuang air besar dan membuka anggotanya yang sulit dan mengeluarkan bau yang busuk. Dalam keadaan ini kamu hendaklah menghindarkan pandangan terhadap ketelanjangannya dan menutup hidungmu supaya tidak terhidu bau yang busuk. Begitulah kamu bertindak terhadap dunia. Apabila kamu melihatnya hindarkan pandangan dari pakaiannya dan tutup hidungmu dari menghidu keseronokan yang tidak kekal. Mudah-mudahan kamu terselamat darinya dan cubaan-cubaannya. Apa yang telah ditetapkan Allahuntuk kamu, tentu kamu akan merasainya. Allah telah berfirman, “Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan manusia, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cubai mereka dengannya. Dan kurnia Allah adalah lebih baik dan kekal”.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment