PRAKATA

YA ILAHI

Kata awalku pembuka tari

Kesyukuran dipanjatkan kepada Pemutlak Abadi

Limpahan Masa, Kudrat dan Amanah diberi

Sempatkah kusempurnakan

Untuk Kauhitungi nanti

SAUDARA

MAAF

Di sini tiada berencik tiada bertuan

Tiada presiden, tiada ketua,

Tiada datuk, tiada raja

Tiada yang arif

Tiada tok segala

Kerana

Kita perlu

memperHAMBAkan DIRI

hanya kepada

YANG MAHA

ABADI

Dan

di ruang mata

di luang masa

marilah bersama

kita saling sampai menyampaikan

kita saling pesan berpesanan

kita saling ingat mengingatkan

dan

semoga kita nanti

bukanlah hambaNYA yang rugi.

SEJAHTERA

UNTUK SAUDARA SEMUA

;
;
;
;

IT'S JUST ANOTHER TRANSITION TO ...................

Book to read

Sunday, April 17, 2011

Ke alam Ghaib

Syarahan 2

SYEIKH ABDUL QADIR AL-JELANI

Ikutilah dengan ikhlas jalanyang telah ditempuhi oleh Rasulullah dan janganlah mengubah jalan itu. Patuhilah Allah dan ikutilah RasulNya, dan jangan sesekali kau menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan engkau menyekutuiNya. Allah itu Maha Suci dan sekali-kali tidak ada sifat yang tercela dan kekurangan. Janganlah syak-wasangka akan kebenaran Allah. Bersabarlah dan berpegang teguhlah kepadaNya. Bermohonlah kepadaNya dan tunggulah dengan sabar. Bersatu-padulah dalam mentaati Allah dan jangan berpecah-belah. Cintailah antara satu dengan yang lain dan jangan berdengki-dengkian. Jauhilah daripada segala noda dan dosa. Perindahkanlah dirimu dengan taat kepada Allah. Janganlah jauhkan diri daripada Allah dan janganlah lupa kepadaNya. Kembalilah kepadaNya. Janganlah jemu memohon keampunan daripadaNya siang dan malam. Mudah-mudahan kamu dirahmatiNya dan dilindungiNya dari mara bahaya dan azab neraka. Kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam syurga dan bersatu denganNya dan kamu akan diberi nikmat-nikmat daripadaNya. Kamu akan menikmati kebahagian dan kesentosaan yang abadi di syurga berserta dengan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Berkekalanlah kamudi syurga selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment