PRAKATA

YA ILAHI

Kata awalku pembuka tari

Kesyukuran dipanjatkan kepada Pemutlak Abadi

Limpahan Masa, Kudrat dan Amanah diberi

Sempatkah kusempurnakan

Untuk Kauhitungi nanti

SAUDARA

MAAF

Di sini tiada berencik tiada bertuan

Tiada presiden, tiada ketua,

Tiada datuk, tiada raja

Tiada yang arif

Tiada tok segala

Kerana

Kita perlu

memperHAMBAkan DIRI

hanya kepada

YANG MAHA

ABADI

Dan

di ruang mata

di luang masa

marilah bersama

kita saling sampai menyampaikan

kita saling pesan berpesanan

kita saling ingat mengingatkan

dan

semoga kita nanti

bukanlah hambaNYA yang rugi.

SEJAHTERA

UNTUK SAUDARA SEMUA

;
;
;
;

IT'S JUST ANOTHER TRANSITION TO ...................

Book to read

Sunday, April 17, 2011

ke alam ghaib

Syarahan ke 3

SYEIKH ABDUL QADIR AL JELANI

Apabila seseorang itu diuji oleh Allah, maka pada mulanya dia akan cuba melepaskan dirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jikalau dia tidak berjaya, dia akan meminta pertolongan daripada orang lain seperti raja-raja atau mereka yang berkuasa, orang dunia, orang hartawan; dan jika dia sakit, dia akan meminta pertolongan doktor atau bomoh. Jika itupun tidak berjaya, maka kembalilah dia menghadapkan wajahnya kepada Allah – memohon sambil merayu kepadaNya. Selagi dia dapat menolong dirinya, dia tidak akan meminta pertolongan daripada orang lain. Selagi dia dapat pertolongan daripada orang lain, dia tidak akan meminta pertolongan daripada Allah.

Jikalau dia tidak mendapat pertolongan daripada Allah, maka berterusanlah dia merayu, sembahyang, berdoa dan menyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan cemas terhadap Allah s.w.t.. Allah tidak akan menerima rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah dia hal-hal keduniaan, maka ketentuan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah dia dari hal-hal keduniaan. Tinggallah kepadanya rohnya sahaja.

Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah dan tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid (Keesaan Allah). Pada hakikatnya, tidak ada pelaku atau peggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah s.w.t. Tidak ada baik dan tidak ada jahat, tidak ada rugi dan tidak ada untung,tidak ada faedah dqan tidak ada anegerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa; bahkan segala-galanya adalah dalam Tangan Allah.

Hamba Allah itupunjadilah seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang dimandikan atau seperti orang mati yang sedang dimandikan atau seperti bola di kaki pemain – melambung, bergolek, ke atas, ke bawah, ke tepi, ke tengah; sentiasa berubah tempat dankedudukan. Dan tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah dia keluar daripada dirinya dan masuk ke lakuan semata-mata.

Hamba Allah yang sebegini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika dia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau kerja Allah. Jika dia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkatan Allah dan jika dia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui ilmu Allah. Dia akan dianugerahi dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia kerana hampir dengan Allah. Beliau akan diperhias dan dipermuliakan. Redhalah dia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia dengan Tuhannya. Bertambahlah cintanya kepada Allah. Bertambahlah seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah dia ‘di dalam Allah’. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Beliau mendengar dan mengingat hanya daripada Allah Yang Maha Tinggi. Sentiasalah dia bersyukur dan bersembahyang di hadrat Allah s.w.t..

No comments:

Post a Comment